Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
215) Pencemaran
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan tegas yang telah dilakukan atas isu pencemaran menyebabkan gangguan bekalan air yang berpunca dari kawasan industri?
Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat yang menyebabkan pencemaran Loji Rawatan Air (LRA) di Selangor. Bagi tempoh dari tahun 2017 sehingga terkini, sebanyak enam (6) buah syarikat telah diambil tindakan undang-undang dan nama-nama syarikat adalah seperti berikut:
-
Apakah tindakan penguatkuasaan terhadap kilang yang melakukan pencemaran dalam kawasan DUN Rawang?
Pada tahun 2020, sehingga Oktober, sebanyak 188 buah premis di DUN Rawang telah diambil tindakan penguatkuasaan yang meliputi 7 Kertas Siasatan, 2 Perintah Penahanan Operasi Kelengkapan, 107 kompaun dan 34 Notis Arahan.