Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

210) PENCEGAHAN MASALAH BANJIR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan Selangor dalam usaha mendalamkan dasar Sungai Sepang untuk mencegah masalah banjir di Pekan Sepang?

    Pada dasarnya, Jabatan ini tiada keperluan untuk menjalankan kerja-kerja mendalamkan Sg. Sepang Besar dan Sg. Sepang Kecil memandangkan ia berhampiran dengan laut di mana fenomena pasang/surut berlaku setiap masa dan ia membawa segala mendapan ‘sediments transport’ dengan kadar yang tinggi.

     

    Walau bagaimanapun, Jabatan ini mencadangkan agar melaksanakan projek- projek tersebut:

     

    1. Melebar dan meninggikan benteng sungai bagi mengelakkan berlakunya limpahan air sungai
    2. Menaik taraf muara sungai
    3. Projek pengawalan hakisan

     

    Kajian terperinci kejuruteraan perlu dilakukan ke atas kawasan lembangan Sg. Sepang Besar dan Sg. Sepang Kecil bagi mengatasi banjir kilat akibat daripada pembangunan sekelilingnya.

     

    Satu tender perolehan bagi mengatasi masalah banjir di Pekan Sepang berjumlah RM 2.1 juta telah dilaksanakan dengan melibatkan skop kerja seperti berikut:

     

    1. Membina sebuah kunci air
    2. Pembaikan benteng sungai
    3. Pembinaan pembetung ke kotak di kawasan saliran Tanjung Mas/Sungai Pelek Di Daerah Sepang, Selangor Darul

Lampiran

Tiada Lampiran.