Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

95) PENCAPAIAN STATUS BANDARAYA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu MPAJ mencapai status bandaraya?

    MPAJ dalam tindakan penyediaan cadangan kertas kerja naiktaraf status perbandaran ke bandaraya. Kertas cadangan ini akan dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum dipertimbang ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Merujuk kepada Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 4 Tahun 2008, MPAJ telah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan untuk dinaiktaraf ke status bandaraya. Lima (5) perkara yang ditekankan bagi kriteria naik taraf pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah jumlah penduduk, jumlah hasil tahunan, sistem penyampaian perkhidmatan, keupayaan pusat pertumbuhan baharu dan kemampuan menyediakan perkhidmatan bandar, kemudahan infrastruktur, dan utiliti awam serta keupayaan membentuk jenama dan imej bandar.

  2. Apakah kebaikan kepada Rakyat Jikalau PBT telah mencapai status Bandaraya?

    Sekiranya MPAJ mencapai status bandaraya, rakyat akan mendapat pelbagai manfaat antaranya :-

     

    1. Menikmati perkhidmatan-perkhidmatan PBT pada tahap yang tinggi serta pembangunan bandar yang menekankan kepada pembangunan mapan (sustainable development).

     

    1. Menikmati fungsi bandar dan budaya nasional yang melambangkan sejarah dan warisan serta kawasan-kawasan atau bangunan-bangunan yang mempunyai nilai sejarah, budaya dan senibina yang unik serta terpelihara.

     

    1. Menikmati perkembangan kawasan perindustrian, institusi kewangan dan kemudahan menjalankan perniagaan dan perdagangan yang menarik kemudahan-kemudahan perhotelan yang menggalakkan kegiatan pelancongan dan urusan perniagaan selain kepesatan sektor perkhidmatan serta pembangunan aktiviti ekonomi bandar yang bernilai tambah dan berorientasikan pengetahuan.

     

    1. Menikmati pusat institusi pendidikan yang lengkap dengan universiti, kolej,

    maktab, muzium dan perpustakaan awam selain pelbagai aktiviti kebudayaan, acara-acara sukan dan riadah serta konvensyen di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

     

    1. Menikmati kemudahan infrastruktur yang lengkap, utiliti awam yang mencukupi termasuklah taman-taman awam yang mesra pengguna terutamanya kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Perkara ini meliputi kemudahan-kemudahan pengangkutan awam, sistem pengurusan lalulintas dan rangkaian jalan raya yang cekap serta perkhidmatan ICT.

Lampiran

Tiada Lampiran.