Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

134) PENCAPAIAN SELANGOR INTERNATIONAL EXPO 2017

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pencapaian Selangor International Expo 2017 dari jumlah pengunjung dan transaksi jualan dan apakah pecahan mengikut sektor perniagaan?

    Selangor International Expo 2017 (edisi ke-3) yang memberi fokus kepada industri sains hayat, makanan dan minuman serta produk dan perkhidmatan Halal, telah berjaya menarik seramai 449 gerai pameran yang melibatkan 193 syarikat/ organisasi dari dalam dan luar negara yang turut melibatkan penyertaan dari 21 buah negara. Selangor International Expo 2017 telah berjaya menarik seramai 16,694 pengunjung dengan potensi nilai transaksi sebanyak RM204,211,000.00.

    Pecahan mengikut sektor perniagaan adalah seperti berikut:

    Bil Sektor Perniagaan Syarikat/ Organisasi Peratusan
    1 Makanan & Minuman 70 36.3%
    2 Sains Hayat 27 14%
    3 Produk Halal 12 6.2%
    4 Teknologi 18 9.3%
    5 Perkhidmatan 62 32.1%
    6 Lain-lain 4 2.1%
      JUMLAH 193 100%

Lampiran

Tiada Lampiran.