Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

2) PENCAPAIAN RS-1

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pencapaian rancangan-rancangan Kerajaan Negeri dalam Rancangan Struktur Pertama setakat ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, setakat 30 September 2024, status pelaksanaan Projek/Program/ Inisiatif (PPI) bagi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) berdasarkan 282 PPI adalah seperti berikut:

    1. 183 PPI (65%) masih dalam pelaksanaan;
    2. 38 PPI (13%) dalam peringkat pra-pelaksanaan dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2025;
    3. 30 PPI (11%) selesai sepenuhnya;
    4. 22 PPI (8%) telah selesai untuk tahun 2024, iaitu bagi PPI yang berulang setiap tahun; dan
    5. 9 PPI (3%) masih belum bermula, dijangka akan bermula pada tahun 2025.

    Bagi prestasi pencapaian pelaksanaan RS-1 sehingga 30 September 2024, secara keseluruhannya adalah 58.78%. Berikut merupakan prestasi pencapaian pelaksanaan RS-1 mengikut Teras:

    i. Teras 1 (Ekonomi) dengan pencapaian 44.47%;

    ii. Teras 2 (Sosial) dengan pencapaian 72.02%;

    iii. Teras 3 (Kelestarian) dengan pencapaian 55.76%; dan

    iv. Teras 4 (Tadbir Urus) dengan pencapaian 61.69%;

    Prestasi pencapaian pelaksanaan RS-1 berada di paras yang kurang memberangsangkan disebabkan masih terdapat 183 PP| yang masih dalam pelaksanaan dan belum selesai sepenuhnya. Selain daripada itu, terdapat juga PPI yang dijangka tidak dapat diselesaikan sepenuhnya pada tempoh RS-1 sehingga 2025, terutamanya projek-projek fizikal yang berimpak tinggi kepada Negeri dan rakyat Selangor. Untuk maklumat yang lebih terperinci, boleh merujuk kepada dashboard RS-1 yang terdapat di laman sesawang Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.