Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

146) PENCAPAIAN PERTANIAN DI PINGGIRAN BANDAR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kampung yang telah terlibat dalam pertanian berkelompok untuk menghasilkan satu produk yang berskala sederhana besar?

    Jabatan Pertanian telah membangunkan pertanian berkelompok/kluster mengikut daerah. Bagi menghasilkan bahan mentah untuk industri kecil dan sederhana seperti tanaman ubi, pisang dan keledek, jumlah kampung yang terlibat ialah seperti berikut: Sabak Bernam (24), Kuala Selangor (14), Klang (3), Kuala Langat (8), Sepang (12), Hulu Langat (3), Hulu Selangor (5) dan Gombak (4).

  2. Berapakah individu yang terlibat dalam usaha ini?

    Sebanyak 723 individu terlibat yang direkodkan oleh Jabatan Pertanian.

Lampiran

Tiada Lampiran.