Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
98) PENCAPAIAN PENYELESAIAN SETINGGAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kes penyelesaian setinggan yang berjaya dilakukan sejak 2008
Untuk makluman Yang Berhormat, kes penyelesaian peneroka bandar atau setinggan yang berjaya dilakukan sejak 2008 sehingga kini adalah sejumlah 747 keluarga melalui pemberimilikan tanah. Kawasan kes penyelesaian peneroka bandar terlibat adalah seperti berikut:
Bil. Kawasan Penempatan PBT Jumlah Keluarga 1. Kg Sg Sireh MPK 79 2. Tanah Mardi 137 3. Kg Jawa Estate MDKS 66 4. Kg Pecah Batu / Kg Permai 78 5. Kg Baru Lembah Pantai 33 6. Kg Seri Makmur 60 7. Jaya Setia 44 8. Kg Seri Aman 78 9. Kg Sri Sentosa 172 Jumlah 747 -
Berapakah kes yang masih belum berjaya di selesaikan dan kenapa?
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah penempatan setinggan (Peneroka Bandar) yang masih ada di Selangor melibatkan 9 daerah adalah berjumlah 2,542 keluarga daripada 3,289 keluarga seperti di Lampiran 1.
Dasar Kerajaan Negeri bagi kes yang masih belum berjaya diselesaikan adalah melalui cara yang lebih berhemah dan mengambilkira pandangan semua pihak termasuk Peneroka Bandar yang akan dipindahkan. Kerajaan Negeri akan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh Peneroka Bandar berkenaan sebelum diputuskan sama ada perobohan akan dijalankan atau dikekalkan di atas tapak. Kerajaan Negeri juga amat menitikberatkan kebajikan dan kemampuan kewangan Peneroka Bandar sebelum dipindahkan ke penempatan baru. Untuk itu, Kerajaan Negeri masih mengekalkan dasar bagi penempatan Peneroka Bandar baru akan dirobohkan manakala penempatan Peneroka Bandar sedia ada atau yang membawa kes ke mahkamah akan dipertimbangkan mengikut keperluan semasa. Kerajaan Negeri akan memastikan setiap operasi perobohan yang akan diadakan tidak memberi pandangan negatif kepada Peneroka Bandar dan orang awam. Selain itu, program penawaran Rumah Selangorku juga ditawarkan kepada Peneroka Bandar yang layak memohon untuk memiliki rumah.
LAMPIRAN 1
KAWASAN PENEMPATAN PENEROKA BANDAR
BIL. KAWASAN PENEMPATAN PBT JUMLAH KELUARGA 1 Kg. Dagang Jati MPK 136 2 Setinggan Jalan Tengku Badar 74 3 Kg Lanchung Jaya Sek 28 MBSA 25 4 U 11 1 5 Kg. Bunga Raya, Kuang (Setinggan KTMB) MPS 180 6 Taman Melati 24 7 Kg. Seri Makmur 80 8 Kg. Seri Temenggong 29 9 Batu 8-12, Gombak (Orang Asli) 646 10 Taman Perwira 4 11 Kg. Bukit Lanchong MPSJ 141 12 Kg. Sri Tanjung MPSp 35 13 Kg. Sg. Buah 1 14 Kg Sg Merab 28 15 Kg. Sg Rasau 2 16 Kg Sungai Semenyih 5 17 Kg. Dato; Harun, Serendah MDHS 12 18 Taman Tasik Tambahan MPAJ 3 19 Tasik Permai, Jalan Permai A 3 20 Setinggan Pandan Jaya 193 21 Rezab TNB, Taman Nirwana 8 22 No. 395, Jalan Hilir 4, Taman Ampang hilir 1 23 Batu 7 ½ Hulu Kelang 21 24 Jalan Bunga Tanjung Kg Kemensah , Hulu Klang 1 25 Kg Kemensah 32 26 Kg Seri Melor 8 27 Kg. Fajar 79 28 Kg. Perdik (Orang Asli) MPKj 65 29 Kg. Sungai Lui 16 30 Kg. Tanjung 23 31 Kg. Lubuk Kelubi 36 32 Kg. Paya Batu 23 7 33 Kg. Padang 25 34 Kg. Masjid Bangi 43 35 Kg. Jaya Sepakat MDKL 4 36 Kg. Serdang Belah 18 37 Kg Seri Cheding 3 38 Kg Teluk Datuk 19 39 Kg. Sg. Nangka 41 40 Kg Sg. Manggis 16 41 Kg Fatimah MDKL 45 42 Jalan Raba Batu 6 1 43 Kg. Jln Segenting 2 44 Kg. Jln Rantau Panjang 21 45 Kg Jeti Kelanang 2 46 Kg. Tongkah 18 47 Jalan Serdang Belak 2 48 Kg Jalan Bandar Lama 16 49 Kg Kelanang 5 50 Simpang Morib, Taman Damai 1 51 Kg Sungai Raba 1 52 Kg. Tg. Sepat 6 53 Kg Tumbuk 3 54 Bersebelahan Taman Tg. Karang (Sg. Tengi) MDKS 6 55 Jalan Bagan Pasir berhampiran Tmn Radin Mas, Tg karang 3 56 Bersebelahan Kg. Tok Adam 1 57 Belakang Maybank Tg. Karang 2 58 Jalan 3, Bunga Teratai 2 59 Persiaran UKM melalui Jln Sg Kajang Lama 1 60 Kunci Air Sg Kajang 2 61 Jalan Masuk Ke Kg. Bagan Tengkorak 3 62 Jalan Puding, Kg Kilat 4 63 Jalan Bagan Tengkorak 3 64 Parit 1, Sg Sireh 6 65 Parit 3, Pantai 4 66 Parit 4, Sg Burong 1 67 Sepanjang Jln Ban Canal menghala Sg. Burong 2 68 Rancangan Tanah Revolusi Hijau 6 69 Jln Kg Tengah berhampiran dgn simpang Asam Jawa 6 70 Jalan Datuk Hj Harun belakang Taman Impian Sg. Buloh 30 71 Jalan Lee Tiam beng, Taman Belida 16 72 Jalan Bukit Panjang, Tmn Mesra Jeram 26 73 Kg Keretapi Bukit Badong 64 74 Kg Merbau Indah 34 75 Kg Teluk Piah 7 76 Jalan Jawa Selangor Estate 62 77 Sepanjang Jalan Belakang Tmn Sentosa hingga Taman Pancaran 23 78 Jalan Bukit Belimbing 4 79 Jln Raja Musa berhampiran simpang Taman Manickavasagam 13 JUMLAH 2,542 -
Berapakah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri membantu dalam isu penyelesaian setinggan termasuk kos ukur semula?
Untuk makluman Yang Berhormat, tiada kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri sehingga 2015 untuk penyelesaian setinggan