Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
144) PENCAPAIAN PELAJAR TAHFIZ YANG TERUS MENDUDUKI TINGKATAN 4, PROGRAM BERSAMA UNISEL
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan bilangan pelajar bagi setiap tahun pengambilan?
Bilangan pelajar bagi setiap tahun pengambilan:
Tahun Pengambilan 2012 2013 2014 70 89 165 -
Ringkaskan gred ( A, B , C , D ) pencapaian dalam peperiksaan S.P.M. mengikut mata pelajaran?
Ringkasan gred (A, B, C, D )pencapaian dalam peperiksaan S.P.M. mengikut mata
2014 BM BI SEJ MM SC BA MT TI PQS PSI Jumlah Calon 165 165 165 165 163 165 164 163 165 165 Lulus 163 120 161 148 162 101 41 159 147 117 Gagal 2 45 4 17 1 64 125 4 18 48 Peratus Lulus
99 73 98 90 99 61 24 98 89 71 Peratus Lulus 2013 100 74 98 93 100 63 23 99 87 47 2012 99 73 93 54 100 25 9 80 90 87 Nota ; BM – Bhs Malaysia; BI- Bhs Inggeris; SEJ – Sejarah; MM – Matematik; SC – Sains; BA – Bhs Arab;
MT – Matematik Tambahan; TI – Tasawwur Islam; PQS – Pengajian Quran dan Sunnah;
PSI – Pen.Syariah Islamiah.
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk menambah baik program ini?
a) Rancangan Kerajaan untuk menambah baik program ini
Program UNISMART ‘fastrack’ SPM adalah satu program CSR yang dijalankan oleh Pusat Islam UNISEL. Program ini adalah dalam proses pendaftaran dengan JAIS.
Pelajar yang ingin memasuki program ini mestilah berumur 17 tahun ke atas dan telah menghafal lebih daripada 15 Juzuk Al Quran.
Memandangkan pencapaian yang cemerlang kerana pelajar Unismart ini belajar kurang daripada setahun untuk menghadapi SPM, UNISEL bercadang untuk membina program UNISMART ini secara rasmi. UNISEL bercadang untuk membina kompleks UNISMART di kampus Bestari Jaya (jika pihak Kerajaan Negeri bersetuju).
Permintaan terhadap program ini amatlah tinggi, melebihi 500 orang daripada seluruh negara. Lebih daripada 90% daripada pelajar-pelajar UNISMART Berjaya melepasi syarat minima untuk memasuki Universiti, sama ada ke program Asasi atau ke program Diploma. Mereka boleh menjadi ‘feeder’ kepada program-program di UNISEL, KUIS, atau kolej dan Universiti lain. Program ini juga boleh memberi peluang pengajian formal kepada pelajar tahfiz di Selangor & seluruh negara.