Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

58) PENCAPAIAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah pencapaian UPSR pelajar di Negeri Selangor mengikut daerah dan perbandingan dengan negeri lain pada tahun 2007?

    Pencapaian UPSR pelajar di negeri Selangor mengikut daerah ialah pelajar yang mendapat pencapaian cemerlang ialah daerah Petaling iaitu 13.12% atau seramai 2914 orang. Diikuti dengan daerah Gombak sebanyak 10.39% atau seramai 1304 orang. Daerah Hulu Langat mencatat peratusan agak tinggi iaitu 9.39% dalam kelulusan UPSR 2007. Daerah yang mencatat peratusan terendah pencapaian cemerlang ialah Sepang iaitu sebanyak 6.77 % sahaja atau sebanyak 168 orang sahaja. (Sila lihat lampiran)

  2. Berapa peratus kah pelajar yang berjaya ditempatkan ke sekolah khas atau asrama penuh?

    Pada masa ini Jabatan Pelajaran Selangor tidak mempunyai sekolah khas. Semua sekolah menengah di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Selangor adalah sekolah menengah harian biasa. Permohonan ke sekolah Berasrama Penuh dibuat secara dalam talian. Tawaran keputusan penempatan bagi pelajar berjaya tidak melalui Jabatan Pelajaran Selangor. Pejabat Pelajaran Daerah ataupun sekolah. Sebaliknya tawaran terus kepada pelajar berdasarkan alamat kediaman.

  3. Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan prestasi pendidikan pelajar dapat dikekalkan hingga ke peringkat menengah?

    Jabatan Pelajaran Sekolah mengadakan beberapa program untuk meningkatkan prestasi Pendidikan, antaranya ialah program Pemantauan Sekolah. Kursus Peningkatan Prestasi. Majlis anugerah Kecemerlangan. Perjumpaan Ketua Sektor Pengurusan Akademik bersama Pengetua Negeri Selangor. Perjumpaan Ketua sektor Pengurusan Akademik bersama Guru Besar Negeri Selangor. Perjumpaan Ketua Sektor Pengurusan Akademik bersama Guru Besar dan Penyelaras Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) Negeri Selangor. Perjumpaan Ketua Sektor Pengurusan Akademik bersama Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Selangor dan Kajian
    Tindakan untuk menilai keberkesanan program yang dijalankan.

Lampiran

Tiada Lampiran.