Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

35) PENCAPAIAN ONE STOP CENTRE UNTUK WANITA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penghuraian daripada Exco Wanita dan Kesihatan tentang pencapaian One Stop Centre di pusat perubatan

    One Stop Crisis Centre (OSCC) di enam buah hospital utama masih berkuatkuasa sehingga kini, sebagai makluman data yang diperolehi melalui mesyuarat OSCC Bilangan 1 tahun 2015, ahli mesyuarat yang terdiri daripada pengendali OSCC di hospital-hospital berkaitan melaporkan terdapat sebanyak 40 hingga 60 kes diterima setiap bulan.

  2. Perancangan Kerajaan Negeri tentang penambahan lokasi pemeriksaan mamogram mengikut daerah PBT untuk meningkatkan frekuensi pemeriksaan

    Kerajaan Negeri dalam proses penambahbaikan Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL) bagi menambahbaik perkhidmatan serta penambahan lokasi untuk pemeriksaan saringan percuma kanser payudara kepada wanita Negeri Selangor agar lebih ramai wanita dapat manfaat ini dan berhampiran dengan tempat tinggal mereka.

  3. Statistik 2013-2014 bagi wanita yang mendapatkan khidmat pemeriksaan mammogram.

    Statistik 2013 – 2014 bagi wanita yang mendapat Khidmat Mammogram adalah seperti berikut :-

    Tahun Melayu Cina India Lain-lain Jumlah
    2013 439 235 220 8 902
    2014 223 228 44 0 495
    Jumlah 1,397

     

Lampiran

Tiada Lampiran.