Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

100) PENCAPAIAN JAWATANKUASA TETAP SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah "Key Performance Index" dan "Key Result Areas" Jawatankuasa Tetap di atas?

    Key Performance Index dan Key Result Areas Jawatankuasa Tetap Sains, Teknologi dan Inovasi.

    Bil Teras Key Performance Index Key Result Areas
     

    1.

     

    Memacu pembangunan modal insan

     

    a.    Bilangan penyertaan agensi kerajaan dan swasta dalam Exhibition Festival Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor Tahun 2010 (FesSTIS’10).

     

    b.    Bilangan Pusat Siber Rakyat (PSR) yang ditubuhkan dan menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat.

     

     

    Memupuk kesedaran terhadap teknologi sebagai  budaya.

     

    2. Menangani ketidaksamaan sosio-ekonomi yang berterusan  

    a. Peratus (%) rakyat tempatan yang terlibat dalam industri pelancongan, kotej dan keusahawanan melalui Projek Bioteknologi dan

    Program Spirulina di

    Negeri Selangor

     

    Peningkatan keupayaan dan pendapatan rakyat menerusi Sains, Teknologi

    dan Inovasi

     

    3. Menambah baik Tadbir

    Urus

     

    a.  Peratus (%) capaian perkhidmatan Hybrid Wireless Infrastructure Network (HyWIN)  berdasarkan kepada kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor.

     

    b.  Bilangan perkhidmatan  percuma wi-fi di antara perkhidmatan yang diberikan kepada pembayar cukai taksiran (melalui

    Majlis Tempatan)

     

     

     Penyediaan prasarana infrastruktur & infostruktur kepada rakyat.

     

    4. Menjana sumber pertumbuhan baru  

    a. Bilangan Geran R&D STI yang ditawarkan kepada pemohon yang layak.

    Jalinan kerjasama pintar

    antara pencipta, institusi R&D dan penggiat industri.

     

    5. Menguruskan negeri maju berteraskan nilai murni, nilai sejagat, keunggulan budaya dan tradisi agama  

    a. Bilangan program yang menyediakan

    penyelesaian sesuatu isu atau keperluan sesebuah organisasi/komuniti berasaskan STI.

     

    Kesedaran rakyat terhadap penyelesaian alternatif dan teknologi hijau dan teknologi terkini.
  2. Apakah pencapaian Jawatankuasa Tetap ini setakat September 2010?

    Dari segi pencapaian Jawatankuasa Tetap, Sains dan dan Teknologi (STI) sehingga September 2010 , STI telah melaksanakan beberapa program atau projek yang menjadi penggerak atau pemangkin kepada kemajuan negeri Selangor.

    Jawatankuasa STI  telah menganjurkan Festival sains, teknologi  dan Inovasi (Fesstis 2010)  yang bertujuan untuk menggalakkan perkongsian informasi antara pencipta pengeluar dan pengguna dalam bidang sains, teknologi dan inovasi, peningkatan kreativiti di kalangan para belia negeri Selangor dapat di kongsi dan dimanfaatkan. Ia juga dapat menjadikan negeri Selangor sebagai negeri ICT(Information & Communication Technology) terulung di Malaysia.  Hampir 95% program yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya bagi mendekatkan rakyat dengan dunia sains, teknologi yang kian berkembang dengan pesat ini.

    Di dalam meningkatkan penggunaan ICT dalam komuniti, STI juga akan meneruskan perlaksanaan Pusat Siber Rakyat (PSR) yang telah dimulakan pada tahun 2009.  Untuk tahun 2010 ini lima (5) lokasi PSR akan diwujudkan bagi meningkatkan kesediaan di kalangan masyarakat khususnya rakyat negeri Selangor menggunakan kemudahan ICT dalam urusan harian serta menjadikan komuniti masyarakat Negeri Selangor sebagai celik IT dan masyarakat bermaklumat.

    Bagi menangani ketidaksamaan sosio-ekonomi yang berterusan Jawatankuasa STI juga telah melaksanakan Program Spirulina di Negeri Selangor bagi meningkatkan keupayaan dan peningkatan rakyat menerusi sains, teknologi dan inovasi.  Kerajaan Negeri juga telah melantik UNISEL sebagai wakil dalam kerja-kerja penyelidikan dan khidmat nasihat behubung dengan produk Spirulina ini.  Kerajaan Negeri juga berhasrat melalui Projek Spirulina ini dapat dikomersialkan dan dapat dimanfaatkan kepada masyarakat setempat yang boleh memberi peluang pekerjaan kepada mereka melalui penglibatan dari segi perladangan, perkilangan dan pemasaran produk Spirulina ini.  Kerajaan Negeri, UNISEL dan syarikat yang telah dilantik adalah dalam proses menjayakan projek ini.  Kedudukan lokasi projek telah dikenalpasti dan dalam proses menandatangani perjanjian antara Kerajaan Negeri, UNISEL dan syarikat yang telah dilantik.

    Kerajaan Negeri juga dalam usaha memberi dan memperluaskan kemudahan WiFi ke seluruh negeri Selangor.  Sebanyak lapan(8) lokasi telah menerima kemudahan WiFi secara percuma bermula pada April 2010 dan akan diperkembangkan kepada 142 buah lokasi lagi dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan untuk jangka masa dari 2011 sehingga 2015.  Kerajaan Negeri juga menggalakkan pihak industri untuk terlibat sama dalam usaha menyediakan WiFi percuma ini sebagai salah satu khidmat sosial mereka kepada masyarakat.

    Program Geran R&D STI juga diberikan kepada permohonan yang layak yang mana STI  juga adalah sebagai satu agenda utama dalam menjana pertumbuhan baru dengan membentuk jalinan kerjasama pintar antara pencipta dengan penggiat industri.   Kejayaan adik Mohd Ramadhan Shahabudin yang merupakan anak kelahiran Kuang Selangor dalam pertandingan SAIE Selestion 2010 anjuran ArchieEurope Group membuktikan anak tempatan mampu  pergi jauh dalam industri STI jika diberikan ruang dan peluang yang sewajarnya. Anugerah tempat pertama reka bentuk bangunan (Metal/Glass) bagi kategori pelajar dan yang telah diterima adalah anugerah yang berkaitan dengan Inovasi.

    STI juga sentiasa mengadakan program-program kesedaran rakyat terhadap penyelesaian altenatif dalam teknologi  bagi menguruskan Negara maju yang berteraskan nilai murni, silai sejagat, keunggulan budaya dan tradisi agama.

Lampiran

Tiada Lampiran.