Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
66) PENCAPAIAN DAN KAD LAPORAN EXCO PEBS
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan program, aktiviti dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh setiap EXCO PEBS selepas dilantik secara terperinci.
Penggerak Belia Selangor juga terdiri daripada EXCO PeBS atau Jawatankuasa Induk Penggerak Belia Selangor yang menjadi penggerak PeBS di peringkat negeri. Jawatankuasa Induk ini dibentuk berdasarkan lantikan YB. EXCO Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga portfolio-portfolio mengikut sepuluh (10) Teras Dasar Belia.
Antara program, aktiviti dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh setiap EXCO Penggerak Belia Selangor (PeBS) mengikut teras adalah seperti berikut:
Bil Teras Dasar Belia Jumlah Program Nama Program 1 Pendidikan dan Latihan 0 Tiada 2
Kemasyarakatan, Jaringan dan Kesukarelawanan 2 1. Program Bubur Lambuk Perdana PeBS. 2. Program Bantuan Kemanusiaan Misi Banjir Selangor PeBS
3 Kepimpinan dan Organisasi 1 Program Kem Kepimpinan Anak Muda PeBS. 4 Pengantarabangsaan 1 Program Kembara PeBS ke Jogja Jakarta Indonesia. 5 Kesejahteraan dan Kesihatan 0 Tiada 6
Teknologi Maklumat dan Komunikasi 0 Tiada 7 Kebudayaan dan Kesenian 0 Tiada 8 Belia dan Kecergasan 1 Program Hari Belia Negara “Belia Sepanjang Zaman” PeBS. 9 Agama dan Spritual 0 Tiada 10 Keusahawanan dan Pekerjaan 0 Tiada JUMLAH PROGRAM LIMA (5)