Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

111) PENCAPAIAN AKADEMIK PEPERIKSAAN UTAMA INSTITUSI PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah institusi pendidikan milik Kerajaan Negeri yang terbabit dalam peperiksaan utama persekolahan?

    Jumlah institusi pendidikan milik Kerajaan Negeri yang terlibat dalam peperiksaan     utama persekolahan adalah seperti berikut :

    1. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) : 9 buah sekolah
    2. Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM): 2 buah sekolah
    3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) : 27 buah sekolah
    4. Sijil Menengah Agama (SMA) : 27 buah sekolah
    5. Sijil Menengah Agama Tahfiz Quran (SMATQ) : 4 buah sekolah
    6. Sijil Menengah Agama Turath Dan Dakwah (SMATD) : 1 buah sekolah
    7. Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) : 535 buah sekolah
    8. Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) : 535 buah sekolah
  2. Sejauh mana pencapaian institusi pendidikan Kerajaan Negeri di dalam peperiksaan utama persekolahan?

    Pencapaian institusi pendidikan Kerajaan Negeri dalam peperiksaan utama persekolahan sangat baik dan memenuhi hasrat Kerajaan Negeri. Secara umum semua institusi ini melepasi  90% pencapaian ke atas.

  3. Apakah langkah yang diambil bagi meningkatkan kualiti dan prestasi pencapaian pelajar-pelajar institusi-institusi tersebut?

    Langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan kualiti dan prestasi   pencapaian pelajar-pelajar seperti berikut:

    1. Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran berkesan termasuk              mengadaptasi kaedah pembelajaran berdasarkan norma baharu.
    2. Latihan guru berdasarkan mata pelajaran secara berterusan.
    3. Seminar kecemerlangan peperiksaan.
    4. Motivasi dan gerak gempur peperiksaan.
    5. Melaksanakan pembelajaran secara digital melalui sumbangan Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.