Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

1) PENASIHAT EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pencapaian penting Penasihat Ekonomi dalam memajukan negeri setelah 3 tahun pelantikan?

    Penasihat Ekonomi telah menjelajah ke Seluruh PBT di Selangor bagi menyampaikan Wacana Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negeri dengan penekanan terhadap keadilan sosial agar jurang kemiskinan dapat dirapatkan sebagai prinsip pemeliharaan harta.

    Selain itu beliau mengusulkan Projek Khas Infrastruktur Daerah Negeri Selangor 2011 dengan peruntukan khas berjumlah RM100 juta kepada sembilan (9) Daerah. Fokus pelaksanaan projek adalah tertumpu kepada projek-projek yang kritikal di kawasan luar bandar dan kampung-kampung tradisi.

  2. Apakah perancangan Penasihat Ekonomi Negeri bagi tahun 2012 untuk meningkatkan ekonomi negeri?

    Selain menitikberatkan program-program yang memberi manfaat kepada rakyat terbanyak, beliau akan terus memberi nasihat bagi memastikan pengurusan kewangan negeri diurus dengan berhemah, cekap dan telus tanpa di belenggu masalah ketirisan yang amat ketara dalam pentadbiran pusat sepertimana yang beliau utarakan dalam wacana beliau kepada pada diplomat bertajuk “Debunking ETP”.

  3. Apakah prospek ekonomi negeri Selangor pada tahun 2012 setelah usaha dilakukan Penasihat Ekonomi Negeri tahun lalu?

    Prospek ekonomi Selangor 2012 akan meneruskan bajet berimbang, mengukuhkan kedudukan kewangan negeri termasuk rizab namun tanpa kompromi terhadap program-program kebajikan buat rakyat terbanyak.

Lampiran

Tiada Lampiran.