Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
195) PENARIKAN PORTFOLIO YB DATO’ HASAN ALI
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pada 18 Januari 2012, Portfolio di bawah DATO' Dr Hasan Ali telah diambil oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor dan YB Dr Ahmad Yunus Khairi. Apakah kesalahan serius yang mewajarkan portfolio EXCO-nya ditarik?
-
Apakah implikasi dari penarikan ini?
-
Adakah perubahan yang berlaku ini makin memperkukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor?