Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

30) PENARIKAN BALIK KAD PENGUASA AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR KEPADA SELURUH PENGURUSAN MASJID SEJAK TAHUN 2016. SEHINGGA HARI INI TIDAK ADA SERAHAN SEMULA KEPADA PEGAWAI MASJID

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Siapa dan berapakah pegawai yang diberi kad bagi setiap masjid?

    Empat (4) Pegawai Masjid iaitu nazir, imam, bilal dan siak telah diberikan kad sebagai Pegawai Masjid untuk membantu melaksanakan tindakan amar maaruf nahi mungkar sebelum

  2. Apakah punca penarikan balik dan pembekuan kad kuasa ini?

    Tiada istilah memerlukan kad kuasa oleh pegawai masjid bagi melaksanakan tanggungjawab amar maaruf nahi mungkar. Tauliah yang diberikan oleh MAIS telah memberi kuasa untuk menjalankan kuasa-kuasa dan tugas-tugas yang perlu terutama seperti mana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Tahun 2003 (rujuk Seksyen 101 (2) berkenaan perkara tauliah pegawai masjid). Sehubungan itu, tanggungjawab berhubung amar maaruf nahi mungkar yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Tahun 2003, Seksyen 104 (2)(b) menyebut bahawa pegawai masjid bertanggungjawab terhadap tingkahlaku anak kariah dalam perkara-perkara berhubung dengan agama Islam. Berdasar perkara tersebut juga, pegawai masjid boleh melakukan tangkapan seperti yang nyatakan pada Seksyen 18 (berhubung perkara menangkap tanpa waran) dan Seksyen 20 (berhubung perkara orang yang ditangkap oleh Pegawai Masjid: bagaimana hendak diperlakukan) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor Tahun 2003. Oleh itu, pegawai masjid sebenarnya tidak memerlukan kad kuasa dalam menjalankan tanggungjawab amar maaruf dan nahi mungkar. Walaubagaimanapun, JAIS melalui Bahagian Pengurusan Masjid akan memberikan satu kad sebagai pengenalan diri kepada Pegawai Masjid untuk kegunaan-kegunaan

    Punca-punca penarikan balik dan pembekuan kad kuasa sebelum ini adalah kerana:

    • Terdapat maklumat yang diterima oleh Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, JAIS bahawa ada pegawai masjid yang diberikan kad telah menyalahgunakan kad tersebut seperti selain tangkapan yang telah dibuat, mereka telah menjalankan proses kaunseling dan program pemulihan terhadap orang yang mereka tangkap. Sedangkan tindakan yang sepatutnya dilakukan adalah menyerahkan orang yang mereka tangkap tersebut kepada pihak penguatkuasa atau polis di atas apa-apa tangkapan seperti yang dinyatakan pada Seksyen 20 (berhubung perkara orang yang ditangkap oleh Pegawai Masjid: bagaimana hendak diperlakukan), Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor Tahun

     

    • Terdapat juga pegawai masjid yang diberikan kad tidak melaksanakan tanggungjawab amar maaruf nahi mungkar seperti yang sepatutnya dilaksanakan merujuk kepada tujuan kad itu diberikan ini atas faktor-faktor tertentu. Perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap perkara yang dirancang berhubung dengan tujuan pemberian kad

     

    • Terdapat juga pegawai masjid yang tidak bersedia untuk memberi kerjasama kepada Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, JAIS untuk menjadi saksi terhadap tangkapan yang telah dilakukan. Dengan disebabkan perkara tersebut, proses pendakwaan terhadap kes tidak dapat dilakukan dan menyebabkan kesalahan yang telah dilakukan tidak dapat dilaksanakan proses perundangan
  3. Berapakah peratus kes salah laku gunakuasa kad ini oleh pemegang kad ini?

    Peratus salah laku gunakuasa kad oleh pemegang kad adalah kecil. Walaubagaimanapun impak dan kesannya adalah besar. Oleh itu, sebagai langkah pencegahan sebelum berlakunya impak dan kesan tersebut, tindakan penarikan kad kuasa telah

Lampiran

Tiada Lampiran.