Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

32) PENANGKAPAN ANJING LIAR OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sama ada Kerajaan Negeri akan mengkaji dan menggubal kaedah "Standard Operating Procedure" untuk diguna pakai oleh PBT supaya kerja berkenaan dilakukan secara berperikemanusiaan.

    Untuk makluman ahli-ahli Dewan, buat masa ini Kerajaan Negeri akan mengkaji keperluan bagi menggubal kaedah seragam untuk menangkap anjing liar di semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, setiap PBT di Negeri Selangor mempunyai kaedah tangkapan anjing liar yang bersesuaian di kawasan masing-masing.

  2. Sama ada Kerajaan Negeri mengadakan kerjasama dengan Badan-Badan Bukan Kerajaan yang berkaitan untuk mengurangkan bilangan anjing liar dalam setiap PBT

    Buat masa ini, kerajaan negeri mengkaji keperluan bagi mengadakan kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan untuk menangani masalah anjing liar. Walau bagaimanapun beberapa siri perbincangan telah diadakan bersama-sama agensi yang terbabit bagi mengenal pasti isu tangkapan anjing liar yang kerap dilaporkan di dalam media massa. Di dalam menangani isu ini, kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pihak NGO bagi menangani masalah berkenaan anjing liar. Cadangan penambahbaikan dari segi penangkapan anjing liar juga akan diterima untuk memantapkan tugasan dari segi

Lampiran

Tiada Lampiran.