Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

225) PENANGKAPAN ANJING LIAR DI SETIAP PBT

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Standard Operating Procedure (SOP) yang harus diikuti oleh setiap PBT untuk melakukan operasi tangkapan anjing liar di kawasan pentadbiran masing-masing?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Standard Operating Procedure (SOP) yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri Selangor ialah Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Bilangan 5 Tahun 2014, berkenaan Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan  Dan Pelupusan Anjing Terbiar Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diedarkan kepada semua PBT melalui surat bertarikh 4 Mac 2015.

  2. Sila menyatakan jumlah operasi tangkapan yang telah dijalankan oleh setiap PBT bagi tahun 2015, 2016 sehingga bulan Oktober 2017.

    1. Jumlah keseluruhan operasi tangkapan yang telah dijalankan oleh setiap PBT bagi Tahun 2015, 2016 hingga bulan Oktober 2017 adalah sebanyak 6,745 operasi. Perincian jumlah operasi tangkapan mengikut PBT-PBT adalah seperti berikut:

     

    PBT JUMLAH OPERASI TANGKAPAN
    2015 2016 SEHINGGA OKTOBER 2017
    MBSA 320 320 220
    MBPJ 352 314 236
    MPK 300 300 250
    MPAJ 187 205 159
    MPSJ 225 428 367
    MPS   12   12   10
    MPKj 350 348 300
    MPSp 145 193 163
    MDKL   35    12   10
    MDHS 168 168 168
    MDKS 147 226   89
    MDSB     2     2     2
    JUMLAH KESELURUHAN 2,243 2,528 1,974

    Nota: Sumber Pihak Berkuasa Tempatan

  3. Apa yang akan dilakukan oleh setiap PBT jikalau anjing liar yang tidak dituntut dalam tempoh masa yang ditetapkan?

    Merujuk kepada, para 4.3 (iii), Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Bilangan 5 Tahun 2014 iaitu bagi anjing liar yang ditangkap akan disimpan selama dua (2) hari, manakala anjing yang mempunyai pemilik disimpan selama tujuh (7) hari. Sekiranya tiada tuntutan dibuat, berdasarkan kepada para 4.5 (ii), anjing-anjing hendaklah dilupuskan dengan cara suntikan dan disahkan mati oleh Pegawai Veterinar atau mana-mana pegawai di PBT terlatih dan telah diturunkan kuasa oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) (merujuk Akta Doktor Veterinar 1974 (Akta 147).

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.