Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

397) PENANAMAN POKOK KAYU BAKAU

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor bagi memulihara dan penanaman pokok kayu bakau ini sebagai inisiatif hakisan pantai di Negeri Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor akan mengemukakan permohonan peruntukan kepada Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan pemuliharaan dan penanaman pokok kayu bakau di di beberapa kawasan hotspot yang sesuai.

  2. Senaraikan program-program penanaman pokok kayu bakau yang telah dijalankan dan akan dijalankan terkini.

    Untuk makluman Yang Berhormat, JPS Negeri Selangor akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Komuniti Setempat, Jabatan Perhutanan dan Kementerian yang terlibat untuk mengenalpasti kawasan-kawasan yang bersesuaian untuk penanaman kayu bakau. Buat sementara ini, JPS Negeri Selangor tidak menjalankan apa-apa program berkenaan penanaman kayu bakau tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.