Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

31) PENANAMAN JAGUNG UNTUK MAKANAN AYAM

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah keluasan tanah yang diperuntukkan bagi inisiatif penanaman jagung untuk makanan ayam seperti diumumkan pada April lepas dan apakah agensi yang terlibat menguruskan inisiatif ini?

    Keluasan tanah yang diperuntukkan bagi inisiatif penanaman jagung bijirin adalah seluas 300 ekar di Kuala Langat Selatan dan 400 ekar di Gemas, Negeri Sembilan. Agensi yang telibat menguruskan inisiatif ini adalah PKPS, Jabatan Pertanian Selangor serta Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

  2. Adakah sebarang bentuk geran pinjaman disediakan bagi tujuan ini dan berapakah jumlah peruntukkan yang disediakan?

    Setakat ini tiada sebarang geran pinjaman disediakan bagi tujuan tersebut dan kos keseluruhannya adalah sebanyak RM4.05 juta. Dianggarkan hasil yang bakal diperoleh dengan keluasan yang dinyatakan di atas iaitu 300 ekar tanah di Kuala Langat Selatan adalah sebanyak 3,600 tan metrik setahun (3 kali pusingan untuk satu tahun).

Lampiran

Tiada Lampiran.