Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
85) PENANAMAN HERBA – ROSELLE
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah memajukan penanaman roselle?
Kerajaan negeri melalui jabatan pertanian memperuntukkan insentif untuk memajukan tanaman herba dibawah Program Pembangunan Bersepadu dengan kadar insentif :
Projek Kadar Insentif 02-Intergasi tanaman herba dan perhutani RM 20,000.00/ha Petani yang mengusahakan tanaman Roselle boleh memohon insentif Projek Integrasi tanaman herba dan perhutani dibawah Program Pembangunan Bersepadu tersebut.
Selain insentif, Jabatan Pertanian juga turut menerbitkan manual pakej teknologi penanaman roselle untuk rujukan dan membimbing petani yang mengusahakan tanaman Roselle.
-
Adakah pembangunan desa seiring industri roselle?
Di negeri Selangor, tanaman roselle bukanlah tanaman herba tumpuan. Namun begitu Jabatan Pertanian menggalakkan penanaman Roselle bagi tujuan penghasilan produk hiliran industri asas tani sepertii jus minuman, kordial, halwa, kapsul herba kesihatan, ais krim, jem dan produk penjagaan kesihatan yang
-
Apakah rancangan penanaman roselle sebagai projek Laman Herba?
Jabatan Pertanian melalui Program Pertanian Bandar, menggalakkan orang ramai menerapkan konsep ‘edible garden’ di kawasan rumah serta menggalakkan penubuhan komuniti yang sedia melaksanakan projek edible garden di kawasan Bandar. Tanaman herba Roselle sesuai dijadikan salah satu elemen tanaman dalam konsep “edible garden” memandangkan potensinya yang boleh dijadikan produk hiliran berkhasiat untuk kegunaan