Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
81) PENAMBAHBAIKAN SEKTOR PELANCONGAN SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa jumlah peruntukan yang telah disalurkan untuk membantu menaikbalik sektor pelancongan Selangor?
Kerajaan negeri melalui Tourism Selangor telah memperuntukkan geran pembangunan bagi sektor pelancongan sepertimana belanjawan tahun 2022 adalah seperti berikut:
-
Apa rancangan untuk 5 tahun akan datang untuk memastikan pelancong luar negara kembali ke Selangor?
Berikut merupakan antara rancangan untuk 5 tahun akan datang untuk memastikan pelancong luar negara kembali ke Selangor
- Memperkuat misi promosi bagi pasaran domestik. Pelaksanaan kempen ‘Pusing Selangor Dulu’ merupakan salah satu inisiatif bagi mempromosikan produk pelancongan Negeri Selangor kepada pelancong di seluruh negeri-negeri di Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.
- Memperkuat misi promosi bagi pasaran luar negara. Misi dagang ke negara-negara ASEAN, Asia seperti Jepun, Korea Selatan, China, Taiwan bagi tujuan melobi pakej-pakej pelancongan kepada agensi-agensi pelancongan negara terbabit memandangkan kumpulan pelancong daripada negara-negara ini berpotensi untuk berbelanja lebih besar.
- Penyertaan pameran-pameran antarabangsa mengikut kontinen seperti World Tourism Market (MTM) London (UK), FITUR (International Tourism Trade Fair) Madrid (Sepanyol), bagi pasaran jarak jauh Eropah, Pameran Antarabangsa Kapal Persiaran (Seatrade Cruise Global) Miami (USA), World Expo Dubai (UAE) dan ASEAN Tourism Forum (ATF).
- Menyediakan Garispanduan Perjalanan Selamat dengan kerjasama Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang lebih mudah difahami kepada pelancong-pelancong antarabangsa yang masih ragu-ragu dengan tahap keselamatan kesihatan pasca pandemic COVID-19.
- Memperkasa produk pelancongan berkonsepkan eko pelancongan dan alam semulajadi. Bagi pelancong-pelancong daripada negara ekstrim 4 musim TSSB akan bekerjasama dengan pihak Jabatan Hutan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Perhilitan dan Tourism Malaysia bagi menambahbaik pengalaman pelancongan hutan hujan khatulistiwa bagi membangunkan pakej-pakej pelancongan yang bersesuaian.
- Merealisasikan inisiatif-inisiatif penambahbaikan infrastruktur, sokongan sumber kepada produk-produk pelancongan yang telah dikenalpasti untuk diserlahkan.
- Memastikan pengalaman pelancongan makanan tempatan menjadi tarikan utama terhadap kepuasan pelancong
- Bekerjasama dengan persatuan-persatuan pelancongan peringkat negeri Selangor untuk membantu TSSB.
Memperkuat inisiatif promosi secara atas talian dan digital. Gunapakai akaun-akaun rasmi media sosial atas talian TSSB seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube bagi mewujudkan keinginan pelancong-pelancong luar negara melalui pengalaman melancong ke Negeri Selangor.