Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

207) PENAMBAHBAIKAN PROSEDUR PEROLEHAN DAN PROJEK KECIL

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan lagi soal integriti di dalam kaedah perolehan projek-projek kerajaan?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menutup ruang dan peluang berlakunya rasuah dalam sektor perolehan dan kewangan seperti berikut:

    i. Menguatkuasakan Integrity Pact dalam urus tadbir perolehan kerajaan, iaitu proses pengisytiharan oleh pembida untuk tidak menawar atau memberi rasuah bagi mendapatkan kontrak atau mempercepatkan sesuatu urusan sepertimana yang tertakluk dalam Pekeliling Perbendaharaan.

    ii. Perbendaharaan Negeri sedang meneliti cadangan untuk melaksanakan non-collusion declaration bagi membantu membendung isu kartel dalam perolehan Kerajaan Negeri.

    iii. Unit Perolehan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merangka dan membuat Kertas Perakuan Sebut Harga/ Tender dari Bahagian/ Unit lain sebelum diangkat ke Jawatankuasa Sebut Harga/ Lembaga Perolehan Negeri untuk pertimbangan.

    iv. Mewajibkan semua kakitangan Perolehan melaksanakan Tapisan Keselamatan.

    v. Melantik keahlian Jawatankuasa Pembuka Peti Sebut Harga/ Tender dan Jawatankuasa Penilaian di kalangan Jabatan/ Seksyen/ Bahagian/ Unit berlainan.

    vi. Membuat ketetapan format yang standard bagi dokumen sebut harga/ tender.

    vii. Merangka Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) dengan memfokuskan kepada perolehan dan kewangan bagi memastikan setiap pekeliling dan peraturan yang berkuat kuasa dipatuhi.

    viii. Bahagian Audit Dalam melaksanakan menjalankan audit pengurusan kewangan, audit pengurusan prestasi dan pemeriksaan mengejut di Pentadbiran SUK Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.