Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
215) PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA DI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah kejayaan Smart Selangor Parking App?
Smart Selangor Parking (SSP) telah beroperasi bermula 2018. Sehingga kini terdapat 10 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor iaitu;
- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA);
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ);
- Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ);
- Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL);
- Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang);
- Majlis Perbandaran Selayang (MPSelayang);
- Majlis Perbandaran Klang (MPKlang);
- Majlis Perbandaran Kajang (MPKj);
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ); dan
- Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).
Sehingga bulan Mac 2023, jumlah pengguna yang mendaftar dengan aplikasi SSP adalah seramai 2,689,313 juta pengguna. Sejak pengoperasiannya pada 2018, SSP telah merekodkan sebanyak 94 juta transaksi dan telah membantu penjimatan kertas sebanyak 1,486,652 kg. SSP juga telah membantu mendaftar ejen jualan kupon online (ecoupon agent) sebanyak 206 pendaftar.
-
Sila nyatakan status terkini tentang implementasi tempat letak kereta 2 jam yang ada di Selangor.
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mewartakan lokasi tempat letak kereta 2 jam pada 30 September 2022 (No.Warta: Sel.P.U.37.),Akta Pengangkutan Jalan 1987, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Bandaraya Petaling) (Pindaan) 2022 seperti berikut:-
-
Bagaimanakah DUN Bandar Utama dapat memastikan kawasan tertentu seperti SS21 (Uptown) dapat melaksanakan tempat letak kereta 2 jam?
Bagi melaksanakan tempat letak kereta 2 jam Di DUN Bandar Utama khususnya di kawasan SS21(Uptown), Pihak Majlis telah mewartakan lapan (8) jalan untuk penyediaaan tempat letak kereta 2 jam seperti yang dinyatakan para b (bil.2).
Pemilihan dan penentuan petak letak kereta 2 jam ini akan dilaksanakan oleh Majlis berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:-
- `Priority’ dan ‘Occupancy’ penggunaan petak letak kereta di kawasan SS21
- Komen dan ulasan daripada Jabatan Penguatkuasaan mengenai keadaan trafik serta lalulintas di lapangan.
Memasang papan tanda untuk pemakluman zon tempat letak kereta 2 jam kepada orang awam.