Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

190) PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN SERTA PENCEGAHAN PENIAGA ASING DI PASAR BESAR KLANG JALAN MERU

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini perancangan penambahbaikan pengurusan, gerai terbiar dan segala kemudahan yang ada?

    Majlis sentiasa membuat penambahbaikan gerai dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru. Walau bagaimanapun, Majlis akan membaiki gerai-gerai berdasarkan penggunaan dan mengenalpasti keperluan gerai-gerai serta kemudahan-kemudahan secara berperingkat. Majlis telah memohon mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri bagi beberapa kemudahan yang memerlukan kos yang

     

  2. Berapakah bilangan kes kesalahan penyewa menyewakan semula pada warga asing dan pembantu warga asing bagi tahun 2015?

    Bagi tahun 2015 hingga 30 Julai 2015, tiada kes kesalahan penyewa menyewakan semula kepada warga asing dan pembantu warga asing. Majlis Perbandaran tidak berkompromi dengan mana-mana peniaga haram warga asing. Majlis telah menangkap sebanyak 16 peniaga haram warga

  3. Adakah dikuatkuasakan peraturan pamer ÔtagÕ kad identiti penyewa dan pembantu?

    Tindakan penguatkuasaan kad tanda nama bergambar pembantu premis di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru (KPBJM) telah dilaksanakan dan tindakan denda telah dikenakan kepada pembantu gerai yang tidak memakai kad tersebut. Pemantauan dari semasa ke semasa berhubung penguatkuasaan ini akan dibuat secara

Lampiran

Tiada Lampiran.