Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
390) PENAMBAHBAIKAN AKSESIBILITI JALAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status perancangan kerajaan bagi menyambungkan jalan dari Persiaran Bunga Raya ke Jalan Widuri yang pernah dibangkit dalam Bajet Negeri 2021?
Status perancangan bagi menyambungkan jalan dari Persiaran Bunga Raya ke Jalan Widuri masih dalam tindakan JKR untuk melantik perunding. Dijangka lantik pada tahun 2025.
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk meningkat kecekapan aksesibiliti dari Tol Bukit Sentosa ke Kuala Kubu Baharu dengan jalan 4 Lorong?
Berdasarkan kajian trafik yang dijalankan pada tahun 2022, unjuran trafik untuk 10 tahun yang hadapan di dalam Level of Service yang baik dan tiada keperluan penambahan lorong bagi laluan tersebut. (Tahun 2035 = LOS C)