Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
326) PENAMBAHAN SEKOLAH DI DUN SEMENYIH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menangani isu keperluan penambahan sekolah-sekolah sesuai dengan pembukaan kawasan perumahan yang baru di DUN Semenyih?
JPN Selangor sentiasa komited dalam memastikan kemudahan sekolah mencukupi di Selangor. Bagi DUN Semenyih terdapat sebuah (1) sekolah rendah baharu masih dalam pembinaan iaitu SK Taman Pelangi Semenyih yang dijangkakan siap pembinaan pada tahun 2024. Manakala sebuah sekolah baharu iaitu SMK Bandar Seri Putra telah dicadangkan dalam RMKe-12 RP5 Tahun 2025.
JPN Selangor juga telah membuat perolehan tanah iaitu;
1. Sunway Semenyih bagi pembinaan SMK Sunway Semenyih
2. Bandar Tasik Kesuma bagi pembinaan SK Bandar Tasik Kesuma (2),
3. Prima Saujana bagi SMK Prima Saujana
4. Anjung Saujana bagi pembinaan SK Bandar Seri Putra (2)Cadangan pembinaan sekolah baharu ini akan diangkat dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) sebaik sahaja urusan tanah selesai. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek ini tertakluk kepada kelulusan agensi pusat, keutamaan dan kedudukan kewangan Kerajaan. Oleh itu diharap Kerajaan Negeri dapat membantu dalam mempercepatkan proses pertukaran tanah kepada PTP dikawasan ini disamping memastikan tiada pencerobohan berlaku ditanah berkenaan.