Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

29) PENAMBAHAN PERUNTUKAN UNTUK KAWASAN DUN YANG MEMILIKI BILANGAN PENGUNDI YANG RAMAI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan bercadang untuk menambah peruntukan kepada kawasan DUN yang memiliki jumlah bilangan pengundi yang ramai iaitu melebihi 100,000 pengundi?

    Kerajaan tidak bercadang untuk menambah peruntukan kepada kawasan DUN yang memiliki jumlah bilangan pengundi yang ramai (melebihi 100,000 pengundi) sebaliknya memberi peruntukan yang sama kepada semua kawasan DUN. Sebarang kajian pertambahan peruntukan akan melibatkan implikasi kewangan yang perlu mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan negeri. Di samping itu ianya perlu juga menilai dan menentukan bilangan pengundi yang boleh dikategori sebagai ramai dengan peruntukan yang sewajarnya. Rakyat Selangor secara keseluruhannya boleh memnfaatkan insentif insentif yang diberikan kerajaan melalui program program yang dilaksanakan.

  2. Adakah wajar untuk Kerajaan Negeri memberikan peruntukan kepada penyelaras parlimen, sedangkan penyelaras DUN bagi setiap DUN telah diberikan peruntukan oleh Kerajaan Negeri?

    Pada masa ini tiada peruntukan daripada Kerajaan Negeri kepada Penyelaras Parlimen.

Lampiran

Tiada Lampiran.