Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

146) PENAMBAHAN PERUNTUKAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH RENDAH AGAMA LUAR BANDAR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dari pemerhatian dan aduan, kami dapati banyak Sekolah Rendah Agama dikawasan saya berada dalam keadaan uzur, adakah kerajaan bercadang menambah peruntukan tahunan untuk sekolah rendah agama di kawasan luar bandar terutamanya bagi penyelenggaraan?

    Kerajaan Negeri sentiasa mengambil kira potensi dan menambah peruntukan bagi penyelenggaraan dan baik pulih sekolah-sekolah rendah agama di seluruh negeri Selangor. Bagaimanapun pada tahun ini Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM4,500,000.00 sahaja. Disebabkan keperluan penyelenggaraan dan naik taraf yang agak tinggi maka sistem merit telah diperkenalkan untuk memastikan keutamaan diberi kepada penyelenggaraan dan naik taraf yang melibatkan keselamatan dan keselesaan guru dan pelajar termasuklah menyelenggara dan menaik taraf apa-apa keperluan yang jika tidak diambil tindakan segera akan menyebabkan kerosakan yang lebih besar.

    Bagi kawasan DUN Sungai Burong, peruntukan bantuan untuk sekolah yang telah diberikan adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.