Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
197) PENAMBAHAN PERUNTUKAN BAIKPULIH JALAN DI DUSUN TUA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kos yang telah diperuntukan bagi membaik pulih jalan di Dusun Tua?
Sebanyak RM1,700,000.00 Peruntukan Persekutuan dan RM928,184.50 Peruntukan Negeri telah digunakan bagi membaikpulih jalan di Dun Dusun Tua iaitu seperti berikut:
Bil. Tajuk Kerja Kos (RM) Kaedah Perolehan 1. Kerja membaikpulih longkang yang rosak dan membina longkang konkrit yang baru di laluan FT 3210, Jalan Industri Hulu Langat, Seksyen 15.00 hingga 17.00 700,000.00 Arahan Kerja 2. Kerja Mill & Pave (SFM) di laluan FT 3210 Jalan Industri Hulu Langat, Seksyen 4.95 hingga 6.00. 1,000,000.00 Arahan Kerja JUMLAH 1,700,000.00 1. Kerja Membaikpulih Permukaan Jalan Secara ‘Mill & Pave’ Serta Lain- Lain Kerja Berkaitan Di Km1.50 – Km4.70 Jalan Rancangan Tanah Sungai Tekali (B117), Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan 498,104.50 Sebutharga MARRIS Tahun 2024 2. Kerja Membaikpulih Permukaan Jalan Secara ‘Mill & Pave’ Serta Lain- Lain Kerja Berkaitan Di Km21.50 – Km24.60 Jalan Semenyih- Sungai Lalang (B19), Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan 430,080.00 Sebutharga MARRIS Tahun 2024 JUMLAH RM 928,184.50 -
Pertambahan industri kuari menjadi penyumbang kerosakan jalan di Dusun Tua,
apakah tindakan kerajaan kepada kerosakan jalan yang kerap berlaku?Tindakan pembaikan jalan yang rosak akan dilaksanakan di bawah kontrak penyelenggaraan konsesi yang dilantik. JKR Selangor akan sentiasa menyalurkan maklumat kenderaan yang membawa lebih muatan bagi tujuan penguatkuasaan pihak berkenaan bagi meningkatkan ketahanan hayat jalan.