Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

195) PENAMBAHAN PERUNTUKAN BAIK PULIH SISTEM PERPARITAN DI KAWASAN PERKAMPUNGAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan dalam menyelesaikan masalah sistem perparitan kawasan luar bandar?

    PDTHL akan penyelenggaraan longkang dan perparitan di kawasan kampung yang meliputi kampung tradisi, kampung baru dan komuniti apabila terdapat aduan mengenai masalah sistem perparitan di  bawah pentadbiran PDTHL.

  2. Apakah ada disediakan peruntukan khas atau kecemasan bagi pembinaan atau baikpulih sistem perparitan sedia ada memandangkan banyak perparitan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini?

    Tiada peruntukan Khas disediakan bagi penyelenggaraan longkang dan
    perparitan di kawasan kampung tradisi, kampung baru dan komuniti. Walau bagaimanapun, PDTHL akan memohon peruntukkan daripada UPEN bagi pembinaan dan baik pulih sistem perparitan sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.