Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

70) PENAMBAHAN PERUNTUKAN AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (EXCO) DAN ADUN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah tindakan ini dapat membebankan kedudukan kewangan kerajaan Negeri ?

    Keputusan bagi penambahan peruntukan kepada program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri termasuk program-program yang melibatkan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri adalah dengan terlebih dahulu melihat kepada keupayaan membayar Kerajaan Negeri di samping menilai kesan positif dan faedah yang akan diperolehi. Sehubungan dengan itu,  tidak timbul samada  penambahan peruntukan ini membebankan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

  2. Bagaimana cara penggunaan peruntukan ini di kawasan DUN yang diwakili oleh ADUN BN ?

    Untuk makluman, garis panduan pemberian elaun kepada Ahli Dewan Negeri bagi melaksanakan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor adalah berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 tahun 2011.

    Bagi kawasan Ahli Dewan Negeri Barisan Nasional atau pembangkang, Pegawai Penyelaras adalah dibenarkan untuk membuat tuntutan selaras dengan peranan mereka melaksanakan program-program mesra rakyat di kawasan tersebut.

  3. Berapakah jumlah tambahan peruntukan bagi EXCO dan ADUN?

    Jumlah yang diperuntukkan untuk pembayaran ini bagi tempoh setahun adalah berjumlah RM1,008,000.

Lampiran

Tiada Lampiran.