Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
63) PENAMBAHAN HARAM BINAAN BANGUNAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pejabat Dewan Negeri Bangi banyak menerima aduan tentang denda MPKj, contoh penambahan haram binaan. Mengapakah kesalahan bina tambahan rumah dikenakan terlampau tinggi?
Semua kenaan denda yang dikenakan ke atas pemilik yang melakukan kesalahan bina tambahan tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Tempatan adalah mengikut Seksyen 70(14) Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 di mana ; di bawah Akta ini pemilik dikehendaki membayar tidak boleh kurang daripada lima kali ganda pelan dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda bayaran yang di tetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Dan, di bawah UUK 17, Jadual Pertama Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 di mana ; jika kerja binaan telah dimulakan sebelum pelan-pelan diluluskan, suatu fee yang sama dengan sepuluh kali ganda daripada fee yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
-
Apakah mekanisme denda yang wajar dikenakan kepada pihak yang melakukan penambahan tanpa kebenaran?
Penalti asal di bawah Seksyen 70(11) Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974, boleh diubah kepada kenaan di bawah Seksyen 70(14) Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 apabila seseorang itu mengemukakan pelan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, dan kenaan ini adalah selaras dengan peruntukkan Seksyen 126 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974, di mana ; tiada sesiapa jua boleh dihukum lebih daripada sekali bagi kesalahan yang itu juga.
-
Apakah tindakan yang diambil terhadap mereka yang enggan membayar denda?
Pihak Berkuasa Tempatan akan menyediakan kertas siasatan yang lengkap setelah tindakan-tindakan notisfikasi mengikut tempoh di tetapkan oleh Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133). Seterusnya kertas pendakwaan dirujuk melalui PUU/PBT kepada Timbalan Pendakwa raya untuk di ambil tindakan pendakwaan di mahkamah.