Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
243) PENAMBAHAN GURU KAFA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan Guru Kafa SRA di seluruh Selangor?
Jumlah guru KAFA di Negeri Selangor adalah seramai 7,000 orang yang terdiri dari 4,200 orang adalah waran lantikan Kerajaan Negeri dan seramai 2,800 orang waran lantikan JAKIM.
-
Berapakah bilangan Guru Kafa SRA tambahan tahun ini?
Tiada tambahan bilangan guru KAFA pada tahun ini.
-
Berapakah peruntukan yang telah digunakan untuk usaha penambahan guru kafa SRA untuk tahun ini?
Tiada peruntukan pada tahun ini (2023).