Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

284) PENAMBAHAN CAWANGAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mengusulkan pengecilan zon pantauan melalui penambahan cawangan JAS mengikut daerah memandangkan kawasan seliaan yang terlalu besar seperti di JAS cawangan Sabak Bernam menimbulkan isu kapasiti dan sumber yang tidak mencukupi?

    Berdasarkan statistik Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor, terdapat 653 punca pencemaran yang dipantau oleh JAS Cawangan Sabak Bernam meliputi Daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor. Punca-punca ini terdiri daripada premis pembuatan (manufacturing), kilang kelapa sawit (KKS), kilang getah, kilang kitar semua buangan terjadual, loji rawatan kumbahan, loji rawatan air dan tapak pelupusan sisa pepejal. Bagi memastikan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara berkesan dengan mengambilkira nisbah yang realistik antara punca industri dengan anggota penguatkuasa, Jabatan Alam Sekitar (JAS) kini sedang melaksanakan pengukuhan organisasi di mana setiap Daerah akan mempunyai pejabat cawangannya sendiri iaitu “Satu Daerah: Satu JAS”. Langkah ini merupakan salah satu inisiatif yang digariskan dalam Pelan Strategik Jabatan Alam Sekitar, 2021 -2030.

Lampiran

Tiada Lampiran.