Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
87) PENAMATAN KONTRAK ALAM FLORA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan secara detail apakah punca utama Syarikat Alam Flora yang mengendalikan kerja-kerja kutipan sampah telah menamatkan kontrak mereka dengan semua PBT ?
Punca utama adalah disebabkan kerana pihak AFSB berpendapat bahawa tempoh peralihan selama tiga (3) bulan yang dicadangkan oleh pihak Kerajaan Negeri sebenarnya adalah lebih lama dari apa yang diperlukan. Oleh yang demikian, pihak AFSB secara sukarela telah mencadangkan penyelesaian secara baik (amicable settlement) iaitu dengan menyerahkan kerjakerja kutipan sampah dan pembersihan awam kepada Kerajaan Negeri berkuat kuasa pada 16 Oktober 2011. Selain daripada itu, pihak AFSB menyatakan alasan bahawa majoriti perkhidmatan kutipan sampah sedang dijalankan oleh kontraktor sedia ada, di mana PBT hanya perlu mengambil alih dan terus mentadbir kontraktor berkenaan.
-
Sila nyatakan berapakah penjimatan yang dapat diperolehi oleh setiap PBT selepas penamatan kontrak dengan syarikat Alam Flora ?
Setelah proses pengambilalihan dilaksanakan, semua PBT menyuarakan bahawa terdapat penjimatan terutama daripada segi kos berbanding semasa di bawah kendalian pihak AFSB. Jumlah penjimatan tersebut dapat dilihat seperti di LAMPIRAN 1.
LAMPIRAN 1
BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) JUMLAH PENJIMATAN SETAHUN (RM)
1. MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM 22,844,403.60 2. MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA 15,000,000.00 3. MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA 2,500,000.00 4. MAJLIS PERBANDARAN KAJANG 6,000,000.00 5. MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG 1,800,000.00 6. MAJLIS PERBANDARAN KLANG 6,000,000.00 7. MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 12,705,884.62 8. MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 3,121,625.76 9. MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR 6,800,000.00 10. MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 1,220,824.75 11. MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR TIADA 12. MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT 2,955,477.40 JUMLAH PENJIMATAN SETAHUN 80,948,216.13 -
Sila perjelaskan apakah cara penyelesaian tunggakan-tunggakan hutang yang masih belum dijelaskan oleh semua PBT kepada syarikat tersebut ?
Kerajaan Negeri telah mengarahkan supaya semua PBT agar dapat menyelesaikan semua tunggakan hutang kepada pihak AFSB setelah proses pengambilalihan bagi kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan awam dilaksanakan. Walau bagaimanapun, melalui Mesyuarat Tunggakan Hutang PBT pada 21 November 2011 pihak Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dibenarkan supaya membayar secara ansuran sehingga tahun 2013 mengikut kepada perjanjian pembayaran yang telah ditetapkan sejak tahun 2009. Manakala pihak
Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah menyediakan kertas pertimbangan kepada Kerajaan Negeri bagi memohon peruntukan tambahan.