Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
113) PENAIKTARAFAN KUNCI AIR 51 DI JALAN PAPAN PANDAMARAN KE PINTU AIR OLEH JPS
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status projek penaiktarafan kunci air 51 di Jalan Papan Pandamaran ke pintu air oleh JPS?
Status projek penaiktarafan kunci air 51 di Jalan Papan Pandamaran ke pintu air oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS) adalah dalam proses rekabentuk terperinci. Juruukur dan Perunding telah dilantik dan dokumen tender dijangka siap pada bulan November 2016. Tender dijangka diiklan pada bulan Disember 2016 dengan skop kerja adalah menaiktaraf pintu air sediaada kepada pintu air pasang
-
Apakah jumlah perbelanjaan bagi projek tersebut?
Jumlah perbelanjaan bagi projek tersebut adalah sebanyak RM 3
-
Dua (2) pam yang kini dipasang di kunci air 51 tersebut semakin lemah. Apakah rancangan untuk mengatasi masalah tersebut?
Pada masa ini, 2 buah pam yang dipasang di kunci air jalan papan adalah dalam keadaan baik dan mampu untuk menampung pengepaman air di kawasan berkenaan. Kapasiti pam berkenaan adalah 10 Cusec setiap satu. JPS Negeri Selangor (JPS) tiada perancangan untuk menukar atau mengeluarkan pam