Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

34) PENAIKTARAFAN JALANRAYA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan perkembangan kini berkenaan projek naiktaraf lebuhraya B27 (Missing Link).

    Pihak JKR Selangor telah melantik Perunding Produktif Sepakat Consulting Engineering Sdn Bhd pada 1 Mac 2023. Status terkini adalah diperingkat rekabentuk jalan tersebut.

  2. Nyatakan status kini berkenaan pengambilan tanah dan naiktaraf jalan di Jalan Lembah Hijau, Batu Arang.

    Pihak JKR Selangor telah menerima maklumbalas dan ulasan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak di atas pengesyoran pengambilan balik tanah bagi mengelakkan permasalahan hakmilik sambungan akan datang. Maklumbalas tersebut telah dikemukakan kepada pihak UPEN pada 25 Oktober 2023 untuk tindakan selanjutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.