Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

21) PENAIKTARAFAN JALAN JKR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan status kini projek penaiktarafan Jalan FT3209 dan B27.

    Jalan Persekutuan FT3209

     

    Projek yang dimaksudkan adalah Projek Menaiktaraf Jalan Perindustrian Rawang FT3209, Daerah Gombak. Projek ini dalam peringkat perolehan dan mesyuarat rundingan harga peringkat Ketua Pengarah Kerja Raya bagi lantikan pihak kontraktor telah dilaksanakan pada 17 Mac 2022 dan dalam permohonan memuktamadkan harga kepada Kementerian Kewangan Malaysia melalui sistem eGPA.

     

     

    Jalan Negeri B27

     

    Projek yang dimaksudkan adalah Projek Menaiktaraf Jalan Negeri B27, Jalan Rawang – Batang Berjuntai. Berikut adalah status terkini projek:

     

    % Kemajuan Kerja Jadual    :  83.00% (sehingga 30-06-2022)

    % Kemajuan Kerja Sebenar :  91.00% (sehingga 30-06-2022)

    Kemajuan Kerja Fizikal         :  55 hari Awal (sehingga 30-06-2022)

Lampiran

Tiada Lampiran.