Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

22) PENAIKTARAFAN JALAN DI RAWANG

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan perkembangan kini projek naiktarafan jalan sepanjang lebuhraya B27 Rawang.

    Projek yang dimaksudkan adalah Projek Penyiapan Baki Kerja-Kerja Menaiktaraf Jalan Negeri B27, Jalan Rawang – Batang Berjuntai (Fasa 2) Dari Persimpangan Bandar Country Homes Ke Sempadan Daerah Kuala Selangor, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Status Projek Semasa adalah seperti berikut:

     

    % Kerja Fizikal                             : 92.00% (Sebenar)/ 90.23% (Jadual)

    Tarikh Milik Tapak                      : 26.10.2020

    Tarikh Siap Semasa                    : 28.12.2022

  2. Nyatakan perkembangan kini projek naiktarafan jalan sepanjang lebuhraya FT3209 Rawang.

    Projek yang dimaksudkan adalah Projek Menaiktaraf Jalan Perindustrian Rawang (FT3209) Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Status Projek Semasa adalah seperti berikut:

     

    % Jadual Kerja Fizikal           : 0.29% (Sebenar)/ 0.29%(Jadual)

    Tarikh Milik Tapak                 : 22.08.2022

    Tarikh Siap Asal                    : 21.8.2026

    Kaedah Perlaksanaan           : Reka dan Bina.

     

    Untuk makluman juga, projek berkenaan sedang dalam peringkat rekabentuk dan pengambilan balik tanah.

  3. Apakah status permohonan penurapan Jalan Maxwell Rawang?

    Untuk makluman Yang Berhormat, status penurapan Jalan Maxwell, Rawang telah siap dilaksanakan pada 23 September 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.