Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

30) PENAIKAN TARAF PBT

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kawasan Bangi dibawah urus tadbir MPKJ mempunyai bilangan pengundi teramai dalam Malaysia. Belumkah MPKJ mencapai taraf untuk menjadi sebuah Majlis Bandaraya?

    Merujuk kepada Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil 4 Tahun 2008: Kriteria Baru Naik Taraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memberi penjelasan dan panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBT berhubung kriteria baru yang digunakan bagi permohonan naik taraf PBT. Naik taraf PBT adalah selaras dengan peruntukan seksyen 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di mana PBN, dengan berunding dengan Menteri dan PBT, boleh, melalui pemberitahuan dalam warta menukar taraf sesuatu PBT. Kriteria baru naik taraf PBT menekankan kepada 5 perkara berikut:

    (i) jumlah penduduk;

    (ii) jumlah hasil tahunan;

    (iii) sistem penyampaian perkhidmatan;

    (iv) keupayaan pusat pertumbuhan baru; dan

    (v) kemampuan menyediakan perkhidmatan bandar, kemudahan infrastruktur, dan utiliti awam serta keupayaan membentuk jenama dan imej bandar.

  2. Apakah kriteria yang belum dicapai oleh MPKJ untuk melayakkannya dinaik taraf sebagai sebuah Majlis Bandaraya?

    Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) perlu memenuhi sebelas (11) kriteria yang ditetapkan oleh KPKT bagi permohonan penaikan taraf Bandaraya. Kertas cadangan daripada MPKj boleh dibentangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum pertimbangan lanjut oleh Kerajaan Negeri diputuskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.