Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

126) PENAGIH DADAH

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah penagih dadah yang telah pulih sepenuhnya dan mendapat pekerjaan?

    Jumlah klien tamat pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor yang telah pulih sepenuhnya (kekal pulih) iaitu klien mencapai tempoh dua (2) tahun dinilai dengan menggunakan Modul Cure & Care Recovery Index (CCRI) yang mana mempunyai pekerjaan merupakan salah satu indikator bagi penilaian klien kekal pulih.

    Berikut adalah perbandingan klien kekal pulih bagi tahun 2020, 2021 dan Januari hingga September 2022.

     

    TAHUN

    2020

    2021

    2022

    JUMLAH KLIEN

    1,788

    1,959

    1,841

    KLIEN KEKAL PULIH

    1,073

    1,145

    1,224

Lampiran

Tiada Lampiran.