Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

204) PEMUTIHAN SEKOLAH-SEKOLAH DAN MAAHAD TAHFIZ

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sekolah tahfiz yang telah berdaftar dan belum mendaftar (penuh dan sementara) dengan JAKIM dan JAIS?

    Jumlah Sekolah Tahfiz yang berdaftar keseluruhan sebanyak 343 buah yang terdiri daripada pecahan berikut:

     

    1. Pendaftaran penuh sebanyak 73 buah Maahad Tahfiz
    2. Pendaftaran Lanjutan sehingga Disember 2023 sebanyak 212 buah Maahad Tahfiz
    3. Pendaftaran Tamat Tempoh sehingga Disember 2023 sebanyak 58 buah Maahad Tahfiz

     

    Manakala yang belum berdaftar adalah sebanyak 115 dan status sekolah-sekolah tersebut adalah dalam proses permohonan pendaftaran).

  2. Berapakah jumlah semasa murid-murid dan guru-guru di sekolah-sekolah tahfiz?

    Jumlah semasa guru dan murid di sekolah tahfiz berdaftar adalah seperti berikut:

     

    1. Seramai 2,686 guru yang terdiri dari 1,525 orang guru lelaki dan 1,161 orang guru perempuan di maahad tahfiz berdaftar di Negeri Selangor.
    2. Seramai 19,609 orang pelajar terdiri dari 13,182 orang murid lelaki dan 6,427 orang murid perempuan di maahad tahfiz berdaftar di Negeri Selangor.
  3. Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan dalam membantu sekolah-sekolah yang mendaftar dalam usaha memastikan kualiti pendidikan yang ditawarkan menepati standard yang telah ditetapkan oleh JAIS?

    Langkah-langkah yang dilaksanakan dalam membantu sekolah-sekolah yang mendaftar dalam usaha memastikan kualiti Pendidikan yang ditawarkan menepati standard yang telah ditetapkan oleh JAIS ialah:

    1. JAIS akan memastikan sekolah-sekolah yang berdaftar mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
    2. Memastikan semua pelajar di sekolah tahfiz termasuk sekolah tahfiz persendirian mempunyai kelulusan yang setaraf dengan pelajar arus perdana dan ada nilai kebolehpasaran peluang pekerjaan tempatan dan luar negara.
    3. Pelaksanaan Kurikulum Moderasi Tahfiz Negeri Selangor bagi memastikan keperluan pendidikan akademik di sekolah-sekolajh Tahfiz.
    4. Melaksanakan program Fast Track SPM Huffaz bagi pelajar tahfiz yang mencapai umur 17 tahun dan ketas untuk menyediakan mereka kepada keperluan pekerjaan di masa depan.
    5. Memperkukuhkan Bahasa di sekolah tahfiz melalui Program Pemberdayaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
    6. Melaksanakan pemantauan dan bimbingan terhadap sekolah-sekolah tahfiz berdaftar

Lampiran

Tiada Lampiran.