Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

20) PEMUTIHAN SEKOLAH AGAMA PERSENDIRIAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak tahun 2020 hingga September 2023 berapakah Sekolah Agama Persendirian yang telah berjaya diputihkan?

    Semenjak tahun 2020 hingga September 2023, sekolah agama persendirian yang dilaksanakan tindakan pemutihan adalah sebanyak 225 buah yang terdiri daripada 106 buah maahad tahfiz, 98 buah sekolah rendah Islam integrasi dan 21 buah sekolah menengah Islam.

  2. Apakah halangan utama yang dihadapi oleh pihak sekolah untuk membuat pemutihan?

    Halangan yang dihadapi oleh pihak sekolah untuk membuat tindakan pemutihan ialah;

    • Kos lantikan konsultan sebagai syarat untuk mendapatkan Kebenaran Merancang (KM) dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    • Pelanggaran terhadap keperluan peraturan PBT di mana Sekolah yang telah beroperasi tanpa mendapatkan ulasan kebenaran dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    • Terdapat kelemahan pada Garis Panduan Pemutihan 1.0 yang perlu ditambah baik bagi memudahkan pelaksanaan.
  3. Apakah usaha dan bantuan agensi kerajaan di dalam membantu sekolah menepati syarat PBT?

    Usaha dan bantuan kerajaan di dalam membantu sekolah menepati syarat PBT ialah melalui:

    • Mencadangkan semakan segara Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama Persendirian Negeri Selangor yang sedia ada untuk penambah baikan.
    • Pendaftar Sekolah Islam bersetuju, melalui Bahagian Pendidikan Islam JAIS, memberi lanjutan pendaftaran yang telah tamat tempoh pendaftaran sehingga Disember 2024. Ini adalah untuk memberi peluang Maahad Tahfiz mendapatkan ulasan dari Pihak Berkuasa Tempatan. Lanjutan Pendaftaran ini diberikan dengan syarat syarat yang telah dilonggarkan.
    • Bahagian Pendidikan Islam JAIS akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak PBT setelah semakan Garis panduan Pemutihan Pendaftaran Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Negeri Selangor di buat oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

Lampiran

Tiada Lampiran.