Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
217) PEMUTIHAN KILANG-KILANG TANPA INZIN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kilang-kilang tanpa izin di Negeri Selangor dari tahun 2015 hingga 2024.
Jawapan (a) dan (b) bersekali
Untuk makluman YB, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memutihkan kilang-kilang yang beroperasi tanpa kelulusan di Negeri Selangor. Usaha tersebut dilanjutkan melalui inisiatif baharu Pelanjutan Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) Negeri Selangor Tahun 2025-2027 melalui pendekatan yang lebih serius dan holistik dengan penawaran insentif secara “carrot and stick” terhadap pemilik tanah dan pengusaha kilang yang terlibat dengan KTK yang diharapkan dapat menggalakkan penglibatan serius mereka di dalam mengemukakan permohonan menukar syarat kepada kategori perindustrian.
Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) bagaimanapun tiada maklumat yang tepat untuk mengesahkan jumlah data serta peratusan kilang-kilang tanpa izin yang wujud dan telah berjaya diputihkan mulai tahun 2015 hingga 2024. Namun, bagi pelaksanaan perlanjutan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) mulai 01 September 2024 sehingga 31 Disember 2027, pemurnian data dibuat dengan kerjasama PBT dan PDT, PTGS mendapati jumlah KTK yang masih beroperasi adalah sebanyak 6,690 buah kilang yang melibatkan 5,352 lot/hakmilik.
-
Nyatakan jumlah peratusan kilang tanpa izin yang telah berjaya diputihkan berbanding dengan kilang yang tidak berjaya diputihkan dari tahun 2015 hingga 2024.
Jawapan (a) dan (b) bersekali
Untuk makluman YB, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memutihkan kilang-kilang yang beroperasi tanpa kelulusan di Negeri Selangor. Usaha tersebut dilanjutkan melalui inisiatif baharu Pelanjutan Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) Negeri Selangor Tahun 2025-2027 melalui pendekatan yang lebih serius dan holistik dengan penawaran insentif secara “carrot and stick” terhadap pemilik tanah dan pengusaha kilang yang terlibat dengan KTK yang diharapkan dapat menggalakkan penglibatan serius mereka di dalam mengemukakan permohonan menukar syarat kepada kategori perindustrian.
Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) bagaimanapun tiada maklumat yang tepat untuk mengesahkan jumlah data serta peratusan kilang-kilang tanpa izin yang wujud dan telah berjaya diputihkan mulai tahun 2015 hingga 2024. Namun, bagi pelaksanaan perlanjutan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) mulai 01 September 2024 sehingga 31 Disember 2027, pemurnian data dibuat dengan kerjasama PBT dan PDT, PTGS mendapati jumlah KTK yang masih beroperasi adalah sebanyak 6,690 buah kilang yang melibatkan 5,352 lot/hakmilik.
-
Nyatakan syarat-syarat pemutihan KTK.
Melalui inisiatif baharu pelanjutan program KTK ini, proses sesebuah kilang untuk diputihkan atau dalam erti kata yang lain sesebuah kilang itu beroperasi hendaklah berlandaskan kepada undang-undang adalah bermula daripada urusan tukar syarat tanah dan sehingga selesai bayaran premium tukar syarat (diperingkat Pejabat Tanah). Manakala diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula, proses pemutihan adalah sehingga pelan Kebenaran Merancang, bangunan struktur kilang diperakukan dengan Sijil Perakuan Siap Pematuhan (CCC). Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) melalui STANCO KTK telah menetapkan syarat-syarat pemutihan KTK adalah seperti berikut:
- Bangunan kilang KTK yang beroperasi sebelum 28 Ogos 2019;
- Aktiviti kilang KTK selaras dengan Rancangan Tempatan (RT) yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan; dan
- Mematuhi syarat-syarat teknikal minima KTK yang ditetapkan oleh agensi teknikal yang berkaitan (PBT, JAS, JPS, LUAS).