Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
240) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan sistematik kerajaan negeri bagi mengatasi kilang haram yang belum berjaya diputihkan?
Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Di Negeri Selangor (PPKTK) telah dilaksanakan selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 72/13/2006 pada 26 Jun 2006 dan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil. 6/2006 yang berkuat kuasa pada 31 Julai
Mengikut sasaran asal, program ini dijangka selesai sepenuhnya pada 31 Disember 2007. Walau bagaimanapun, peluang dan insentif rangsangan yang ditawarkan tidak mendapat sambutan sewajarnya daripada pemilik tanah dan pengusaha kilang yang terlibat. Tarikh akhir pelaksanaan program ini telah dipinda sebanyak tiga (3) kali. Melalui MMK Ke 52 pada 1 Jun 2011, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melanjutkan PPKTK ini sehingga 31 Disember 2012. Memandangkan masih ramai pengusaha kilang atau pemilik tanah tidak mengambil peluang dengan insentif yang ditawarkan, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah dan Sumber Alam Bil 6./2013 telah bersetuju tempoh pelanjutan program PPKTK dilanjutkan sehingga 31 Disember 2014.
Bagi memastikan program ini berjalan lancar Pihak Berkuasa Negeri dari masa ke semasa terus memantau dan pada masa ini sedang merangka satu dasar yang merangkumi aspek seperti syarat-syarat kelulusan, pengenaan premium tambahan yang lebih efektif termasuk penurunan kuasa melulus dan tambahan syarat-syarat teknikal bagi mengatasi isu kilang haram yang belum berjaya diputihkan.
-
Nyatakan senarai kilang haram yang belum berjaya diputihkan mengikut PBT di dalam negeri Selangor?
Sehingga 30 Jun 2013, sebanyak 2812 buah kilang tanpa kebenaran yang terlibat dan pecahannya mengikut PBT adalah seperti berikut :
LAPORAN KEMAJUAN PEMUTIHAN KILANG TANPA KEBENARAN MENGIKUT PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
PBT
BILANGAN KILANG
PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG (KM)
PERMOHONAN PELAN BANGUNAN (PB)
LESEN SEMENTARA
JUMLAH PEMBAYARA N LESEN SEMENTARA
LULUS TOLAK TANGGUH LULUS TOLAK TANGGUH 2007 2008 2009 2010 MBSA 451 45 – – 21 1 – 275 159 160 50 368,482.00 MBPJ 373 – – – – – – 361 372 373 – 80,070.52 MPSJ 452 12 0 – – – – 0 0 0 – 0.00 MPK 507 143 – – 71 – – 87 113 139 – 315,077.00 MPKj 590 169 2 1 49 – – – 320 367 – 276,800.00 MPAJ – – – – – – – – – – – – MPS 12 1 – – 5 – – – – – – – MPSp 106 48 – – 15 – 5 – – 55 – 11,000.00 MDKL 209 16 – – – – – 100 100 8 – 62,400.00 MDKS 49 7 – – 4 – 2 – – 16 – 14,540.00 MDHS 57 4 2 – 7 2 – – – 31 – 12,185.00 MDSB 6 – – – – – 6 6 6 – 14,400.00 JUMLAH 2812 445 4 1 172 3 7 829 1070 1155 50 1,154,954.52 -
Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap pemilik kilang haram yang masih tidak mematuhi syarat-syarat ditetapkan?
Selepas Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran berakhir pada 31 Disember 2014, kerajaan negeri akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan selaras dengan Seksyen 128 – 130 Kanun Tanah Negara 1965 ke atas tuan tanah atau pengusaha kilang yang ingkar mengemukakan permohonan tukar syarat seperti yang