Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

174) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan kilang-kilang haram yang telah berjaya di putihkan mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor?

    Sebanyak 1150 (51.11%) pemilik kilang tanpa kebenaran telah membuat permohonan mengubah kategori dan meminda syarat nyata tanah. Sebanyak 975 permohonan telah diluluskan, 22 ditolak dan sebanyak 7 telah ditangguh. Pecahan permohonan mengikut daerah adalah seperti berikut:-

    Bil Daerah Jumlah lot yang terlibat Permohonan Tukar Syarat Permohonan

    lulus

    1 Sabak Bernam 15 9 6
    2 Kuala Selangor 34 19 12
    3 Klang 434 74 56
    4 Petaling 985 828 686
    5 Hulu Langat 467 152 152
    6 Gombak 44
    7 Sepang 44 2 1
    8 Hulu Selangor 18 3 2
    9 Kuala Langat 209 63 60
      Jumlah 2250 1150 975
  2. Nyatakan bilangan kilang-kilang yang masih belum dapat di laksanakan pemutihan kilang haram mengikut kawasan (PBT) dan daerah-daerah di Negeri Selangor ?

    Bilangan kilang yang masih belum diselesaikan mengikut daerah adalah seperti berikut :

    Bil Daerah Jumlah lot yang

    terlibat

    Tiada permohonan
    1 Sabak Bernam 15 6
    2 Kuala Selangor 34 15
    3 Klang 434 360
    4 Petaling 985 236
    5 Hulu Langat 467 315
    6 Gombak 44
    7 Sepang 44 42
    8 Hulu Selangor 18 15
    9 Kuala Langat 209 146
    Jumlah 2250 1135
  3. Apakah langkah-langkah kerajaan Negeri Selangor untuk mencegah daripada wujudnya Ôkilang-kilang haramÕ yang baru.

    Bagi mencegah kewujudan kilang – kilang haram baru, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersama Pejabat Tanah Daerah (PTD) menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan pemilik tanah dan pengusaha kilang mendapatkan kelulusan tukar syarat tanah kepada industri dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.