Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

5) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan dalam melaksanakan pemutihan kilang-kilang haram?

    Dalam melaksanakan dasar pemutihan kilang tanpa kebenaran kerajaan telah melaksanakan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) semenjak tahun 2006 untuk memutihkan kilang PPKTK ini telah dilanjutkan beberapa tahun lagi bagi memberi peluang kepada pemilik tanah dan pengusaha kilang untuk menyertai program tersebut. Berikut adalah faktor- faktor yang menyebabkan PPKTK tidak mencapai sasaran:-

     

    • Pemilik tanah tidak berkemampuan untuk membayar premium tambahan yang terlalu tinggi walaupun telah diberi potongan;

     

    • Pemilik tanah terikat dengan perjanjian sewaan tanah di mana pemilik tanah menyewakan tanah pada kadar yang rendah menyebabkan pemilik tanah enggan membuat permohonan tukar syarat dan Kebenaran Merancang;

     

    • Pemilik tanah menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank kerana tempoh pajakan yang hampir luput dan usia pemilik tanah yang telah lanjut; dan

     

    • Pemilikan tanah yang ramai dan menyebabkan pemilik-pemilik tanah enggan membuat permohonan tukar syarat dan permohonan Kebenaran Merancang.

     

    Walaubagaimanapun, satu Kajian Khas Kilang tanpa Kebenaran sedang dilaksanakan dan hasil kajian tersebut dijangka akan dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada bulan Disember 2014.

  2. Perlu ada sedikit kelonggaran dalam usaha untuk memutihkan kilang-kilang haram yang telah beroperasi sekian lama, tetapi mengapa peraturannya tetap sama seperti permohonan Kebenaran Merancang yang baru?

    Dalam usaha Kerajaan Negeri untuk memutihkan kilang haram, Kerajaan Negeri telah memberikan kelonggaran kepada mereka untuk mematuhi peraturan dan undang-undang. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK). Antara kelonggaran yang diberikan dalam PPKTK adalah seperti berikut:

     

    1. Pemilik tanah tidak dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh Pejabat Tanah Daerah (PTD) dan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT); dan

     

    1. Dikecualikan daripada dikenakan premium

     

    Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga telah melonggarkan syarat-syarat teknikal PBT dan agensi yang berkaitan berdasarkan Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran. Antaranya, pengurangan anjakan bangunan, tapak parking dan lain-lain kelonggaran. Langkah ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pemilik tanah dan pengusaha kilang menyertai PPKTK.

Lampiran

Tiada Lampiran.