Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
36) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan berapa kilang yang masih belum diselesaikan bawah program Pemutihan Kilang?
Terdapat 2,149 buah kilang yang masih belum diputihkan sehingga Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) di Negeri Selangor tamat pada 31 Disember 2015.
-
Nyatakan berapa kilang haram yang telah diselesaikan sejak tahun 2008 sehingga kini mengikut DUN?
Sepanjang tempoh PPKTK di Negeri Selangor berkuatkuasa iaitu pada Julai 2006 hingga berakhir pada 31 Disember 2015, hanya 630 buah kilang berjaya diputihkan yang bermaksud telah mempunyai kelulusan tukar syarat, kebenaran merancang dan pelan bangunan. Laporan Kemajuan Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah seperti di Lampiran A.