Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
106) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah penyelesaian terhadap kilang-kilang yang tanahnya berstatus industri tetapi berada pada zonning PBT bukan industri?
Dalam sesi libat urus (SLU) yang diadakan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kilang-kilang yang tanahnya berstatus industri (syarat kegunaan tanah adalah industri) tetapi berada pada zonning PBT bukan industri, boleh meneruskan aktivitinya dengan syarat telah mendapat kebenaran beroperasi daripada PBT seperti berikut:
- telah diberikan kelulusan Kebenaran Merancang Tempoh Terhad (KMTT);
- telah diberikan Permit Bangunan Sementara (PBS); dan
- telah diberikan Lesen Perniagaan.
Ketiga-tiga dokumen tersebut diberikan secara bertempoh dan perlu diperbaharui setiap tahun bagi membolehkan aktiviti perniagaan mereka diteruskan.